Program Lawatan Teknikal Inovasi Digital 2022

Tarikh: 2022-05-19

18/5/2022 Program Lawatan Teknikal Inovasi Digital 2022 National Cyber Security Agency, Malaysia CyberSecurity Malaysia bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi menyediakan platform untuk menjana idea dan mendapatkan penjelasan berkenaan penyelesaian sains, teknologi dan inovasi yang berpotensi dilaksanakan di Sabah, dengan berfokuskan pengkomputeran awan dan keselamatan siber; di samping melaksanakan engagement / networking dengan organisasi persekutuan & swasta, bagi menyokong Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Lawatan in terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan Sabah Net Sdn. Bhd.